Malaysia
Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada 11 buah negeri Melayu, 2 negeri Borneo dan 3 wilayah persekutuan yang menduduki bumi berkeluasan 330,803 kilometer persegi.
Negeri Sabah
Abdaikan kenangan berlatarkan Ladang Tenusu Desa Cattle, Mesilou Kundasang yang terletak di bawah kaki Gunung Kinabalu. Gunung tertinggi di Malaysia.
Sejarah Negeri Sabah di bawah bayu boleh dijejaki semula pada kira-kira 23–30,000 tahun dahulu dengan terdapatnya bukti penempatan manusia wujud di negara ini. Sejarah Sabah juga termasuk dalam sejarah Brunei dan sejarah Malaysia yang sebelum ini merupakan sebahagian dari Brunei dan kini Malaysia.
Penduduk Sabah terdiri daripada 33 kumpulan pribumi yang berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik. Kadazan-Dusun adalah kumpulan etnik yang terbesar di Sabah yang membentuk hampir 30% daripada keseluruhan jumlah penduduk.

Negeri Sarawak
Sarawak ialah negeri yang terbesar antara 13 buah negeri di Malaysia. Batang Rajang yang terdapat di Sarawak ialah sungai terpanjang di Malaysia di samping Mulu yang terkenal sebagai sistem gua yang paling luas di dunia. Hutan hujan tropika yang tertua dan yang kedua terbesar selepas Amazon menjadikan Sarawak sebagai pusat biokepelbagaian.
Negeri Sarawak terbahagi kepada 11 bahagian pentadbiran yakni Kuching,Kota Samarahan,Sri Aman,Betong,Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Mukah, Miri dan Limbang. Kuching ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri.


Negeri Johor
Abadikan kenangan di Dewan Undangan Negeri Johor.
Johor merupakan negeri pertama di Tanah Melayu yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan seterusnya diikuti oleh negeri-negeri lain di Tanah Melayu ketika itu. Johor juga merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak menggunakan destar sebagai alat pemakaian raja.
Johor, juga dikenali secara rasminya sebagai Johor Darul Ta'zim, atau secara tidak rasmi Kesultanan Johor Moden, merupakan sebuah negeri di selatan Semenanjung Malaysia. Johor mempunyai sempadan darat dengan negeri-negeri di Malaysia Pahang di utara dan Melaka dan Negeri Sembilan di barat laut. Johor juga berkongsi sempadan maritim dengan Singapura di selatan dan Indonesia di barat dan timur. Johor Bahru yang terletak berhadapan dengan negara jiran berperanan sebagai ibu negeri dan pusat kegiatan ekonomi utama negeri ini, Kota Iskandar ialah pusat pentadbiran kerajaan negeri yang baharu, dan Muar berfungsi sebagai bandar diraja yang diisytiharkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Ibu negeri lama ialah Johor Lama sepanjang dinasti kesultanan Johor klasik. Menurut bancian setakat tahun 2015, jumlah penduduk negeri Johor ialah 3,553,600.

Kuala Lumpur
Abadikan kenangan berlatarkan Masjid Jamek Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87 orang pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara. Walaupun 69 orang daripada mereka meninggal dunia kerana keadaan penyakit wabak, pelombongan biji timah yang berkembang telah ditubuhkan.
Pelombongan ini menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong untuk mendapatkan sebahagian daripada biji timah. Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah dilahirkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor.

Melaka
Abadikan kenangan berlatarkan Muzium Samudera. Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka.
Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, pada tahun antara 1400 hingga 1403. Parameswara merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja Srivijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura Lama dan berkuasa selama 48 tahun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh puteranya Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) yang kemudian diteruskan oleh cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399). Pada tahun 1401, Parameswara putrra dari Seri Rana Wira Kerma, mengungsi dari Tumasik setelah mendapat penyerangan dari Majapahit.

Kedah
Abadikan kenangan di Rumah Kelahiran Tun DR Mahathir Mohammad (Perdana Menteri Malaysia Ke-4).
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa atau Parameswara Kedah, Kedah telah diasaskan oleh seorang Hindu raja bernama Merong Mahawangsa (Melayu). Menurut teks lanjut, Kesultanan Kedah bermula pada tahun 1136 apabila Raja Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam dan menerima pakai nama Sultan Mudzafar Shah.
Kelantan
Abadikan kenangan berlatarkan Istana Jahar.
Negeri Kelantan merupakan negeri yang berada di belah pantai timur, bersempedan dengan Terengganu dan juga Pahang. Negeri Kelantan terkenal dengan pelbagai masakan yang enak dan budi perkerti yang tinggi. Kelantan juga dikenali negeri Che Siti Wan Kembang.
Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British. Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Perak
Abadikan kenangan berada di pusat kraftangan pembuatan barangan perak dan pingat berkuali tinggi yang terletak di Kuala Kangsar Perak.
Pusat Kraftangan MARIWASA ini diasaskan pada tahun 1975, pusat kraftangan ini bukan semata-mata mengeluar dan pamerkan produk tetapi juga dapat melihat proses pembuatan barangan tersebut. Barangan yang terdapat di pusat ini ialah barangan hiasan rumah, barangan perak dan pingat yang berkualiti tinggi. Anda juga boleh menyaksikan pembuatan pingat secara terperinci. Selain itu, anda boleh melihat mesin-mesin yang digunakan untuk megnhasilkan medalion dan silver.
Negeri Perak Darul Ridzuan adalah negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan 21,005km² selepas negeri Pahang Darul Makmur dengan merangkumi 6.4% keluasan Malaysia dan merupakan negeri keempat paling besar di Malaysia.

Galeri Tasik Temanggor Perak

Terangganu
Abadikan kenangan berlatarkan Masjid Kristal.
Terengganu merupakan negeri dalam alam Melayu pertama yang bertapaknya ajaran Islam sepertimana mengikut Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Berang, Hulu Terengganu di mana tarikh ia dipahat diamati sekitar antara 702 dan 789 tahun Hijriah atau antara 1303 dan 1387 tahun Masihi.

Negeri Pahang
Abadikan kenangan berlatarkan ruang pameran, Kompleks Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak (Perdana Malaysia Ke-2).
Negeri Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah utara, Negeri Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di barat, Negeri Johor di selatan dan Negeri Terengganu serta Laut China selatan di bahagian timur.
Negeri Pahang merangkumi kawasan seluas 35,965 kilometer persegi (km2) terbahagi kepada 11 buah daerah pentadbiran iaitu Pekan, Kuantan, Rompin, Maran, Bera, Jerantut, Temerloh, Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highlands. Jumlah keseluruhan penduduk di negeri ini kira-kira 1,572,700 juta orang dengan kepadatan penduduk seramai 43 orang bagi setiap km2.
Pulau Pinang
Abadikan kenangan berlatarkan Rumah Kelahiran Tan Sri P Ramlee (Seniman Agong Malaysia).
Sebelum kedatangan Inggeris, Pulau Pinang pada awalnya merupakan sebahagian daripada Kesultanan Melayu Kedah. Pada masa itu, ia dikenali sebvagai 'harbour of pirates'. Pada tahun 1786, Francis Light telah menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat perdagangan Inggeris pertama di Timur Jauh. Light telah memujuk Sultan Kedah untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada Syarikat British East India dengan jaminan perlindungan tentera dari pasukan Siam dan Burma yang mengancam Kedah. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, mendarat di Pulau Pinang dan menamakannya 'Prince of Wales Island' sebagai menghormati pewaris takhta Inggeris.
