Croatia
Croatia, secara rasmi dipanggil Republik Croatia, ialah sebuah negara Eropah yang terletak
di persimpangan Mediterranean, Eropah Tengah, dan Balkan.
di persimpangan Mediterranean, Eropah Tengah, dan Balkan.
Ibu negaranya Zagreb. Jumlah penduduk 3.856 juta (2022), Bahasa rasmi Croatia, dan KDNK 71.6 bilion USD (2022)

Ziarah di Kota Lama - Ban Josip Jelačić Square, Zagreb Croatia
Abdaikan kenangan di Zagreb. Sebenarya, Zagreb adalah Ibu negara Croatia, dan bandar raya terbesar di Croatia, dengan jumlah penduduk lebih kurang 806,341 (2019). Keluasannya adalah 641 km² dan terletak dalam ketinggian 58 m dari aras laut. Croatia menyertai Kesatuan Eropah (EU), berikutan itu, kini Croatia menggunakan mata wang euro, setelah beralih daripada matang wang kuna kepada euro bermula 2023. Croatia telah menjadi ahli ke-20 blok mata wang bersama.

Kota Lama Dubrovnik
Dubrovnik, secara sejarah dikenali sebagai Ragusa, ialah sebuah bandar di selatan Dalmatia, Croatia, di tepi Laut Adriatik. Ia adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling menonjol di Mediterranean, pelabuhan laut dan pusat Dubrovnik-Neretva County. Jumlah penduduknya ialah 41,562. Pada tahun 1979, bandar Dubrovnik telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana pengiktirafan seni bina zaman pertengahan.
Plitvice Lakes National Park
Taman Negara Plitvice Lakes ialah salah satu taman negara tertua dan terbesar di Croatia. Pada tahun 1979, Taman Negara Plitvice Lakes telah tercatat dalam senarai Warisan Dunia UNESCO, kerana siri tasik tufa, gua-gua yang luar biasa dan indah, yang dihubungkan dengan air terjun.

GALERI