Go to content

Places - Kembara Antara Benua

Skip menu
Arab Saudi
Kerajaan Arab Saudi diasaskan pada tahun 1932 oleh Raja Abdulaziz (dikenali di Barat sebagai Bani Saud). Beliau menggabungkan empat wilayah menjadi satu negeri melalui satu siri penaklukan yang bermula pada tahun 1902 dengan penawanan Riyadh, tempat asal usul keluarganya iaitu Kediaman Bani Saud.
Ziarah Jejak Nabi di Kota Thaif
Abdaikan kenangan menunaikan UMROh 2019

Catatan Umrah Kami Mac 2022 Hijjrah & Dynamic
Abdaikan kenangan menunaikan UMROh 2022

Jabal Rahmah Arafah Mecca
Abdaikan kenangan menunaikan UMROh 2022

Madinah al-Munawwarah|1
Abdaikan kenangan di Masjid Nabawi.

Masjid Nabawi atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Mengikut sejarah Masjid Nabawi, di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam. Mengikut sejarah juga, masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri. Bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi.
Makkah|2
Abadikan kenangan di Jabal Rahmah.
Turut dikenali sebagai Gunung Rahmat (Jabal al-Rahmah). Tingginya kira-kira 70 meter. Mengikut sejarah, ia berkaitan tempat pertemuan Nabi Adam AS dan isterinya Hawa selepas keduanya keluar dari syurga. Waktu itu mereka digoda syaitan sehingga dikeluarkan kedua-duanya turun ke bumi.
Madinah al-Munawwarah|3
Abadikan kenangan di Jabal Uhud.

Bukit Uhud merupakan tempat berlakunya perang Uhud di antara tentera Islam Madinah dan tentera kafir Mekah dan peperangan itu tentera Islam mengalami kekalahan kerana pasukan yang berkubu di Bukit Uhud melanggar arahan Baginda Rasulullah supaya tidak meninggalkan tempat masing-masing mengakibatkan 70 pejuang Islam mati syahid pada Syawal Tahun Ketiga Hijrah termasuk bapa saudara Rasulullah, Saidina Hamzah Abdul Mutalib di Lembah Bukit Uhud, Madinah, Arab Saudi.
Kota Taif|4
Abadikan kenangan di Bandar Taif berlatarkan Masjid Abdullah Ibnu Abbas.

Masjid Ibnu Abbas merupakan salah satu peninggalan dari sejarah Islam di kota Thaif. Masjid besar ini dibangun pada 592 H. Dinamakan Ibnu Abbas karena tempatnya di samping makam Ibnu Abbas. Imam Muhammad bin Al Hanafiyah bin Ali Ibnu Abi Thalib yang juga dimakamkan di situ. Abdullah Ibnu Abbas adalah anak dari Abbas bin Abdul Muthalib, paman dari Rasulullah SAW. Ibnu Abbas lahir 619 M, dia sahabat sekaligus anak buah Rasulullah SAW. Ibnu Abbas berpengetahuan luas. Banyak hadis sahih yang diriwayatkan melalui Ibnu Abbas. Ia juga menurunkan seluruh Khalifah dengan nama Bani Abbasiyah. Abbasiyah dirujuk pada keturunan dari paman Nabi Muhammad yang termuda, yaitu Abbas bin Abdul Muththalib.
GALERI
Back to content
Application icon
Kembara Antara Benua Install this application on your home screen for a better experience
Tap Installation button on iOS then "Add to your screen"